fbpx

Sejak ada anak, Katy Perry tak sempat cukur bulu kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATY PERRY

SELEPAS memiliki anak sejak Ogos lalu, penyanyi terkenal Katy Perry berdepan perubahan ketara dalam hidupnya sehinggakan berasa diri terlalu sibuk sehingga dia tidak mempunyai cukup masa untuk diri sendiri.

Gara-gara kesibukan waktu dan jadual yang ketat, pelantun lagu Firework tidak sempat untuk mencuri waktu mencukur bulu kakinya.

“Saya baharu sahaja menjadi ibu dan mengakui tidak mempunyai banyak masa untuk diri sendiri.

“Kesibukan itu membuatkan saya tidak sempat untuk mencukur bulu kaki sendiri,” katanya.

Pendedahan yang boleh disifatkan melampau tetapi kelakar itu diluahkan Perry ketika memberi komen kepada seorang peserta American Idol baru-baru ini.

Penyanyi berusia 37 tahun itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Daisy Dove Bloom yang kini berusia lapan bulan hasil hubungannya dengan aktor, Orlando Bloom.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI