fbpx

Institusi kewangan di Kubang Kerian cetus kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Kluster jangkitan Covid-19 terbaharu di Kelantan hari ini iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian dikesan tercetus di sebuah institusi kewangan di Kubang Kerian di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin berkata, sebanyak 34 kes positif Covid-19 dalam kluster itu melibatkan daerah Kota Bharu, Bachok dan Tumpat.

Katanya, kes index Kluster Bandar Baru Kubang Kerian dikesan melalui saringan kes bergejala dan disahkan positif pada 7 April lalu.

“Kluster ini merupakan kluster di tempat kerja iaitu di sebuah institusi kewangan yang terletak di Bandar Baru Kubang Kerian.

“Kes-kes yang dilaporkan dalam kluster ini merupakan 10 orang pekerja institusi kewangan itu dan telah menjangkiti ahli keluarga terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, aktiviti pengesanan kes dalam kluster itu sedang giat dilakukan.

Berdasarkan rekod, Kelantan mencatatkan 171 kes positif Covid-19 hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 7,021 dan satu kluster baharu iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian direkodkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI