fbpx

Gangguan mental punca wanita buang sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita yang dilihat membuang sampah di lampu isyarat Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang disahkan mengalami masalah mental.

KLUANG – Seorang wanita yang tular di media sosial kerana membuang sampah di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 50, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini disahkan mengalami gangguan mental.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, wanita berusia 41 tahun itu telah ditahan dan kini dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, polis menyedari berhubung perkara itu selepas gambar kejadian berkenaan tular di Facebook.

“Dalam gambar tersebut, wanita berkenaan dilihat membuang sampah di kawasan lampu isyarat.

“Wanita itu juga dilihat menyebabkan halangan lalu lintas di Kilometer 50, Jalan Batu Pahat-Mersing dan dirakam pengguna jalan raya sebelum menjadi tular.

“Siasatan lanjut dibuat mengesahkan individu itu mengalami gangguan mental,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hang Seng berkata, semakan lanjut juga mendapati wanita itu mempunyai lesen memandu yang sah.

Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan dan maklumat yang ingin disalurkan kepada polis boleh menghubungi talian 07-7784222 atau hotline 07-7766822.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI