fbpx
Dua beradik memasuki IPD Kemaman untuk memberi keterangan kes tular borang rentas negeri kosong hari ini.

Tular borang rentas negeri: Dua beradik beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Dua wanita telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penyebaran borang rentas negeri kosong telah ditandatangani ketua polis balai yang tular semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, adik beradik perempuan berusia 23 dan 28 tahun tersebut hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kemaman pada pukul 11.30 pagi hari ini.

“Kita telah mengambil keterangan berhubung kes tersebut daripada dua wanita berkenaan dan siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan tindakan kurang bijak seorang wanita memuatnaik borang rentas negeri kosong yang telah kononnya telah ditandatangani pegawai polis di dalam akuan media sosialnya membawa padah.

Dia yang dikatakan mahu merentas negeri untuk menghadiri temuduga di Kuala Lumpur pada semalam disiasat polis atas pertuduhan menipu dan penyalahguna media sosial.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati tandatangan, Ketua Polis Balai Chukai, Inspektor Mohd. Ramizan Ramli telah dipalsukan dalam borang rentas negeri yang tular berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – K! ONLINE

POPULAR