fbpx

Pochettino jangka aksi kedua sulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG membuktikan bahawa musim ini mereka lebih mantap apabila berjaya menewaskan Bayern 3-2 awal pagi semalam. – AFP

MUNICH – Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino menyeru agar anak-anak buahnya mengekalkan momentum pada aksi suku akhir kedua dengan mempamerkan aksi lebih baik berbanding ketika menentang Barcelona bulan lalu.

PSG berjaya mencatat kemenangan 3-2 ke atas Bayern Munich awal pagi semalam yang menyaksikan Kylian Mbappe meledak dua gol termasuk jaringan kemenangan untuk membawa pulang bekalan agak selesa ke Paris.

Bagaimanapun, Pochettino enggan melihat aksi di laman sendiri pada perlawanan kedua nanti sebagai satu kelebihan sebaliknya menggesa para pemainnya supaya lebih bersedia untuk memastikan tempat di separuh akhir terjamin.

“Saya gembira dengan keputusan ini. Sikap yang ditunjukkan oleh pasukan ini sangat baik terutama ketika kami turun menentang kelab terbaik di Eropah.

“Saya fikir kita perlu berterima kasih dengan semua pemain kerana mereka telah berkorban untuk memberikan aksi terbaik dan pasukan ini akan sekali lagi cuba memberikan aksi terbaik pada perlawanan kedua nanti.

“Setiap kali anda menang, ia akan menjadi suatu yang mudah untuk menerangkan mengenai keputusan yang anda lakukan, semua orang menganggap anda telah membuat pilihan yang tepat tetapi pujian itu sebenar­nya adalah untuk pemain.

“Kami masih mempunyai tempoh 90 minit untuk disudahkan. Kali ini kami berjaya memenangi­nya, namun aksi kedua sudah pasti tidak mudah.

“Ia berbeza ketika kami menentang Barcelona, kelebihan kami kali ini lebih kecil. Saya harap pasukan ini mampu memberikan aksi yang lebih baik berbanding ketika menentang Barcelona di Paris,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI