fbpx

Warga emas maut dihempap pokok kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat, Ramli dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh selepas kejadian sebatang pokok kelapa menghempapnya di Pulai Chondong, Machang pagi tadi. - Foto Ihsan pembaca

MACHANG – Seorang warga emas meninggal dunia selepas dihempap sebatang pokok kelapa yang ditebangnya dalam kejadian di Kampung Galang, Pulai Chondong di sini pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi ketika mangsa, Ramli Daud, 69, yang bekerja sebagai penebang pokok sedang menebang pokok kelapa di kawasan belakang sebuah masjid dan dibantu beberapa orang rakannya.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Suprintendan Ganti Jimmy berkata, siasatan mendapati, kejadian berlaku apabila mangsa tidak sempat melarikan diri ketika pokok kelapa yang ditebangnya itu sedang tumbang.

“Siasatan mendapati, kaki warga emas itu tersangkut di bahagian tali yang diikat pada pokok kelapa itu.

“Mangsa dipercayai cuba melarikan diri bersama beberapa rakannya, namun gagal sebelum pokok kelapa itu menghempapnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Ganti, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian telah dihantar ke Hospital Machang di sini untuk dibedah siasat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI