fbpx

Tiga kadar berbeza zakat fitrah di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zakiyuddin (tengah) pada sidang akhbar di ibu pejabat ZPP di Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Kadar zakat fitrah bagi negeri Pulau Pinang tahun ini ditetapkan pada tiga kadar berbeza iaitu RM7, RM12 dan RM16.

Perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman pada sidang akhbar di ibu pejabat Zakat Pulau Pinang (ZPP) di Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zakiyuddin, kadar RM7 ditetapkan bagi kumpulan majoriti yang memakan beras jenis Super Special Tempatan 5 peratus, Super Special Tempatan 10 peratus, Beras Tempatan Standard, Beras Tempatan Premium, Thai White Rice, Vietnam White Rice, Pakistan White Rice atau lain-lain yang setara.

“Bagi kumpulan yang memakan beras wangi, beras pulut dan beras Calrose/Poney atau yang setara ditetapkan pada kadar RM12, manakala kadar RM16 pula bagi kumpulan yang memakan jenis berkualiti tinggi seperti Beras Bastmathi dan setara dengannya.

“Tiga kadar ini ditetapkan pada tahun ini bagi memberi peluang kepada umat Islam di Pulau Pinang yang lebih berkemampuan menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah mereka mengikut kadar yang lebih tinggi iaitu RM16 seorang,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Ahmad Zakiyuddin memberitahu, ZPP menerusi Amil Zakat Fitrah yang dilantik oleh MAINPP telah berjaya memungut sebanyak RM5.54 juta pada tahun lepas walaupun dalam situasi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

Sehubungan itu katanya, ZPP menyasarkan untuk membuat kutipan zakat fitrah sehingga RM6 juta pada tahun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI