fbpx

Raya Airways terima pesawat baharu Boeing 767-200F

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Syarikat pe­nerbangan kargo, Raya Airways Sdn. Bhd. (Raya Airways) me­nerima pesawat baharu Boeing 767-200F yang dilihat mampu meningkatkan kapasiti dan kecekapan perkhidmatan syarikat.

Pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Wilmington Air Park, Amerika Syarikat dan selamat mendarat pada pukul 9.40 malam di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor semalam.

Pengarah Urusan Raya Airways, Mohamad Najib Ishak berkata, ketibaan pesawat itu membuka peluang pengembangan rangkaian dan meningkatkan frekuensi penerbangan.

“Raya Airways komited menjadikan pesawat ini sebagai satu daripada pemboleh utama ekosistem rangkaian bekalan dalam pengangkutan barang yang memerlukan kepantasan, kebolehpercayaan dan jaminan keselamatan untuk pelanggan,” katanya dalam kenya­taan akhbar di sini semalam.

Mohamad Najib menjelaskan, kapasiti tambahan itu akan membolehkan syarikat memperluaskan perkhidmatan melibatkan lebih banyak destinasi dalam negara di Asia Tenggara (ASEAN) selain berpotensi merentasi rantau Asia Pasifik.

“Rangkaian serantau kami kini terdiri daripada lebih 70 penerbangan komersial setiap minggu yang menghubungkan ibu kota di pelbagai negara dengan pusat-pusat perniagaan utama,” katanya.

Tambah beliau, pesawat baharu itu juga merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang Raya Airways yang menyumbang kepada pengurangan kos operasi untuk penyelenggaraan dan latihan kru. 

Pesawat berkenaan mempunyai kapasiti muatan sekitar 40 tan dengan anggaran jarak penerbangan sejauh 5,500 kilometer.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI