fbpx

Kereta terbang pertama bawa penumpang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta terbang yang diberi nama, AirCar, mencipta sejarah selepas berjaya melakukan penerbangan pertama di dunia dengan membawa seorang penumpang. - KLEIN VISION

BRATISLAVA  – Sebuah kereta terbang dinamakan AirCar mencipta sejarah selepas melakukan penerbangan pertama di dunia dengan membawa seorang penumpang, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Penumpang tersebut ialah pemuzik legenda berusia 75 tahun, Jean-Michel Jarre. 

Ia sekali gus menandakan pencapaian terbaharu oleh syarikat berpangkalan di Slovakia, KleinVision yang menghasilkan AirCar.

Jarre melakukan dua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Piestany di hadapan penonton yang ramai. 

AirCar mampu bertukar daripada sebuah kereta biasa kepada kereta terbang dalam masa beberapa minit sahaja. 

Kereta seberat 1,000 kilogram itu mempunyai dua tempat duduk dan dilengkapi sepasang sayap boleh lipat. AirCar hanya memerlukan landasan sepanjang 300 meter untuk berlepas dan mendarat.

AirCar boleh terbang pada ketinggian 2,438 meter pada kelajuan 192 kilometer sejam.

“AirCar akan memasuki pasaran dalam masa setahun. Bagaimanapun, pemandu perlu mempunyai lesen memandu dan lesen juruterbang,” kata pengasas bersama KleinVision, Anton Zajac. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.