fbpx

[VIDEO] 10 tentera terkorban, dua helikopter TLDM bergesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar dua helikopter TLDM terhempas ketika melakukan penerbangan latihan di Pangkalan TLDM Lumut pagi ini.

PETALING JAYA – Seramai 10 kru dilaporkan terkorban setelah dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.

Menurut makluman awal diterima, dua helikopter tersebut bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.

“Kedua-dua pesawat telah berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.03 pagi.

“Pesawat helikopter operasi maritim (HOM) telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut,” maklum kenyataan itu.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI