fbpx

2 parah pesawat ringan terhempas dekat lapangan terbang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat berada di tempat kejadian berhampiran perkampungan Ayrshire di Monkton – Steve Welsh 

EDINBURGH – Dua lelaki cedera parah selepas sebuah pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas berhampiran Lapangan Terbang Glasgow Prestwick di Scotland, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Pesawat itu terhempas kira-kira pukul 4.10 petang (waktu tempatan), manakala orang ramai diberi amaran agar tidak melalui kawasan tersebut. 

Anggota penyelamat bergegas ke tempat kejadian berhampiran perkampungan Ayrshire di Monkton. 

Mangsa nahas merupakan lelaki berusia 65 dan 75 tahun. Mereka dibawa ke Hospital Universiti Queen Elizabeth dengan ambulans udara untuk dirawat kerana mengalami kecederaan parah.

Imej radar penerbangan menunjukkan pesawat terbabit mengelilingi kawasan itu sebelum terhempas di padang berhampiran A77 Prestwick Bypass.

Jurucakap Polis Scotland berkata: “Sekitar pukul 4.10 petang (waktu tempatan) Selasa (semalam), anggota kami menerima laporan bahawa sebuah pesawat kecil terhempas di padang berhampiran A719 di Monkton. Pihak polis menjalankan siasatan.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI