fbpx

PKPS nafi tidak ikut EIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma PKPS di Shah Alam

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menafikan dakwaan Gabungan Melindungi Hutan Negeri Selangor tanpa Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk pembangunan Selangor Smart Agro Park (SSAP).

PKPS dalam kenyataan hari ini memberitahu, telah melantik konsultan pada tahun 2019 menjalankan kajian EIA bagi cadangan pembukaan kawsaan ladang kelapa sawit seperti kategori kegunaan tanah yang telah ditetapkan di dalam Suratan Hakmilik PKPS.

Katanya, berdasarkan kajian tersebut mendapati semua komponen teknikal dan impak kepada alam sekitar dalam kajian EIA berkenaan telah dipatuhi mengikut spesifikasi pembangunan
yang dikeluarkan oleh PKPS.

“Bagaimanapun polisi kerajaan tidak membenarkan pembukaan kawasan baru bagi tujuan penanaman baru kelapa sawit.

“Sehubungan dengan itu, PKPS telah membuat keputusan untuk menukar tanaman kepada komoditi berasaskan makanan seperti mana yang digariskan dalam Dasar Agromakanan Negara,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal media melaporkan Gabungan Melindungi Hutan Negeri Selangor mendakwa PKPS ‘membersihkan’ sekitar 970 paya bakau di Sabak Bernam tanpa EIA.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI