fbpx

Ajal pelajar lepasan STAM ketika mandi air terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat Nur Muhammad Afiq yang lemas di Air Terjun Istana Sangkut, Kuala Krai hari ini. - Foto : Ihsan PDRM

KUALA KRAI – Kegembiraan 14 orang pelajar sekolah agama yang baru tamat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) semalam berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui lemas di Air Terjun Istana Sangkut, Laloh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, mangsa, Nur Muhammad Afiq Zubir, 18, yang merupakan pelajar Maahad Pengajian Islam, Kota Bharu dipercayai pergi ke kawasan air terjun itu bersama rakan-rakannya petang tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati, ketika sedang mandi di situ, mangsa dipercayai lemas dan dihanyutkan arus deras kira-kira pukul 2.43 petang.

“Rakannya yang menyedari Nur Muhammad sudah lemas telah menghubungi bomba selain meminta bantuan penduduk kampung untuk mencari mangsa.

“Bomba telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum menemui mayat mangsa kira-kira tiga jam kemudian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI