fbpx

777,500 penganggur direkodkan Februari lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kadar pengangguran pada bulan Februari lalu menurun kepada 4.8 peratus dengan merekodkan bilangan penganggur sebanyak 777,500 orang berbanding 782,000 orang pada bulan sebelumnya.

Data itu dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Februari 2021.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penganggur aktif yang ditakrifkan sebagai individu yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan juga berkurangan kepada 647,400 berbanding 657,200 pada Januari lalu.

“Mereka yang menganggur kurang dari tiga bulan menyumbang 50.6 peratus daripada jumlah penggangur aktif.

“Sementara itu, sebanyak 11.3 peratus penganggur aktif berada dalam pengangguran jangka panjang iaitu bagi tempoh lebih dari setahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Uzir berkata, dengan bilangan penduduk bekerja terus meningkat manakala bilangan penganggur menurun, tenaga buruh pada bulan Februari lalu meningkat 0.2 peratus kepada 16.05 juta orang berbanding 16.02 juta pada bulan sebelumnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI