fbpx

Covid-19: SK Paloh 2 ditutup tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan KKM melakukan pemeriksaan ke atas kakitangan serta murid SK Paloh 1, Kluang, Johor semalam.

KLUANG – Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh 2 di sini ditutup selama tujuh hari bermula semalam susulan terdapat kes jangkitan Covid-19 melibatkan Kluster Jalan Murni.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Sheikh Omar Ali mengesahkan surat penangguhan sesi persekolah terbabit yang diedarkan menerusi kumpulan WhatsApps komuniti setempat.

Menurutnya, terdapat 15 kes jangkitan melibatkan Kluster Jalan Murni membabitkan penularan dalam kalangan penduduk setempat.

Warga SK Paloh 2 di sini kini melaksanakan kuarantin kendiri susulan terdapat 15 kes positif melibatkan kluster Jalan Murni 1, Paloh, di sini.

“Keputusan ujian calitan pertama dijangka keluar pada tengahari esok dan pihaknya kini membantu menguruskan bantuan makanan dan kanopi kepada petugas KKM serta warga sekolah berkenaan,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sheikh Omar berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang sudah menjalankan ujian calitan pertama kepada lebih kurang 250 orang pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah.

Dalam pada itu, Sheikh Omar memberitahu penangguhan tersebut dibuat mulai Ahad lalu atas nasihat Pusat Kesihatan Daerah dan tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Johor kerana semua guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sedang menjalani kuarantin kendiri akibat kes Positif Covid-19.

“Sehubungan itu semua guru akan mengikuti konsep Bekerja dari Rumah (BDR) dengan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPr) mengikut kesesuaian dan keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan sekolah ini,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI