fbpx

The Rock tak puas hati Putera William botak paling seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DWAYNE JOHNSON

PELAKON filem aksi, Dwayne Johnson melahirkan rasa tidak puas hati terhadap senarai carta Lelaki Botak Paling Seksi Di Dunia yang dikeluarkan oleh enjin carian Google baru-baru ini.

Menurut pelakon yang lebih dikenali dengan nama The Rock itu, dia tidak berpuas hati selepas gelaran tersebut dinobatkan kepada kerabat diraja Britain, Putera William sebagai individu berkepala botak paling seksi di dunia.

Tahun lalu, nama William mencapai sebanyak 17.6 juta carian dalam Google.

Berada di tempat kedua ialah legenda tinju dunia, Mike Tyson. Sementara tempat ketiga pula ialah pelakon Jasin Stathan diikuti penyanyi Pitbull, Michael Jordan, Floyd Mayweather, John Travolta dan Bruce Willis.

The Rock pula berada di tempat kesembilan diikuti pelakon Vin Diesel di tempat ke-10.

“Macam mana perkara ini boleh berlaku. Saya mahu undian dikira semula,” tulisnya berserta emoji senyuman pada satu ciapan yang dimuat naik dalam Twitternya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI