fbpx

Rupanya gaduh sebab berebut teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

TANAH MERAH – Tindakan empat remaja perempuan yang terlibat dalam pergaduhan di dalam kawasan semak sehingga video perbuatan mereka itu viral di media sosial sejak kelmarin dipercayai berpunca daripada berebut teman lelaki.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md. Yusuf berkata, polis telah menahan enam remaja perempuan dan empat remaja lelaki berusia dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun untuk membantu siasatan.

Katanya, kesemua suspek ditahan semalam dan siasatan mendapati lapan orang daripada remaja itu masih bersekolah.

“Pergaduhan antara mereka itu dipercayai berpunca akibat berebut teman lelaki. Selain itu, seorang suspek lelaki juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Kesemua suspek yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas selesai memberi keterangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zainuddin, polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Terdahulu, video berdurasi 30 saat tular dalam media sosial menunjukkan tiga remaja perempuan mengelilingi seorang mangsa yang juga remaja dipercayai berusia sekitar belasan tahun di kawasan semak.

Rakaman video berkenaan menunjukkan dua remaja perempuan bertindak menyepak mangsa yang tidak membalas dan hanya berdiam diri.

Daripada perbualan remaja-remaja itu dalam dialek Kelantan dapat dikenal pasti bahawa perbalahan berpunca akibat rasa tidak puas hati sesama mereka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI