fbpx

RM6 juta caj beg plastik dikutip sejak 2017

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZAWAWI (kiri) melancarkan BAGUS di Pasar Awam Tanjong Karang, Kuala Selangor, hari ini. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Lebih RM6 juta sudah dikutip daripada orang ramai menerusi caj 20 sen bagi setiap beg plastik di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, jumlah kutipan itu diperoleh sejak pelaksanaan kempen Bebas Plastik bermula Januari 2017.

Katanya, keadaan itu menunjukkan tahap kesedaran orang ramai masih rendah dan sanggup membayar caj berkenaan.

“Hasrat utama kerajaan negeri bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.

“Namun, pengguna masih tidak kisah membayar caj 20 sen itu dan kita menggunakan hasil kutipan yang diperoleh untuk melaksanakan pelbagai kempen kesedaran dan pendidikan,” katanya selepas melancarkan Beg Guna Semula (BAGUS) di Pasar Awam Tanjong Karang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kata Mohd. Zawawi, pihaknya akan mengedarkan sebanyak 10,000 beg BAGUS secara percuma kepada orang ramai di seluruh negeri ini.

“Kita mahu pengguna membiasakan diri membawa beg khas itu ketika membeli barangan sekali gus tidak menggunakan plastik.

“Jumlah pengedaran BAGUS itu akan ditambah sekiranya berkesan dan menerima sambutan positif orang ramai,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI