fbpx

Johor mudah meratah N. Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG Johor, Pow Mei Foong (tengah) mengawal bola pada NSL ketika menentang Negeri Sembilan di Stadium Juara, Bukit Kiara malam tadi. – SHIDDIEQIIN ZON

JOHOR Jewels terus menampilkan aksi berkualiti ketika menewaskan Negeri Sembilan Venom 61-32 pada aksi Kumpulan B Netball Super League (NSL) di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Skuad kendalian Fazira Mesnan itu yang sudah melayakkan diri ke pentas separuh akhir itu menguasai sepenuhnya perlawanan selain sentiasa memastikan benteng pertahanan Negeri Sembilan tidak senang duduk.

Goalkeeper (GK) Johor, Nurul Hafizah Abdul Razak tanpa berselindung mengakui gembira dengan prestasi yang ditampilkan rakan-rakan sepasukan apabila terus mengutip tiga mata.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan oleh semua pemain kerana kami sudah berikan segala-galanya apabila turun ke dalam gelanggang.

“Bagaimanapun, kami perlu kurangkan kesilapan-kesilapan mudah dalam setiap perlawanan. Mental semua pemain juga sangat kuat biarpun berdepan pertahanan kental Negeri Sembilan,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Mengulas kecederaan yang dialami pada penghujung perlawanan, Hafizah berkata, ia tidak serius dan dia masih boleh beraksi pada perlawanan penting menentang Selangor Angels malam ini.

“Tidak disangka saya mengalami kecederaan buku lali pada penghujung perlawanan, namun tidak ada masalah untuk pulih dan bertemu Selangor esok (hari ini),” ujarnya.

Sebagai rekod, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung 10 April ini.

Bagi Kumpulan B, Johor dan Selangor Jewels sudah memastikan tempat ke separuh akhir lebih awal apabila jauh meninggalkan dua pasukan lain, Negeri Sembilan dan Pahang Tulips.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI