fbpx

Guru dikesan punca Kluster Danan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seramai 17 orang individu dikesan positif Covid-19 dalam satu kluster baharu iaitu Kluster Danan melibatkan sebuah sekolah dan tadika di Pasir Puteh baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin berkata,kes indeks dalam kluster itu merupakan seorang guru yang dikesan melalui saringan bergejala.

Katanya, kes itu melibatkan sebuah di sekolah dan sebuah tadika di Kampung Danan, Pasir Puteh.

“Seramai 17 kes telah dikesan dalam Kluster Danan pada hari ini.

“Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan perlu memastikan warga sekolah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan persekitaran sekolah selamat daripada penularan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI