fbpx

Padah buat dakwaan palsu, seorang pelajar diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan seorang pelajar UIA dipercayai warga asing cuba melakukan provokasi kepada angota polis bantuan UIA.

PETALING JAYA – Seorang pelajar warga India diberkas selepas membuat dakwaan palsu menuduh dia diserang seorang anggota Polis Bantuan ketika mahu berjumpa Rektor Universiti di sebuah universiti tempatan di Gombak, Rabu lalu.

Tidak cukup dengan itu, dia turut merakam video aksi polis berkenaan termasuk menyebarkan rakaman itu menerusi grup Telegram yang bernama ‘Freedom Of Student’.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Zainal Mohamed Mohamed berkata, dalam kejadian sekitar pukul 2.30 petang itu, Polis Bantuan wanita itu menafikan dia menyerang suspek.

Menurutnya, pada hari kejadian, suspek mendakwa telah dijemput untuk berjumpa Rektor Universiti dan dia didapati telah meminjam telefon bimbit milik anggota polis itu.

“Mangsa memberi pinjam telefon bimbit kepada suspek kerana pada ketika itu, dia telah menghubungi presiden pelajar untuk membuat semakan sama ada pihak universiti ada menjemput mana-mana pihak berjumpa dengan rektor.

“Mangsa dimaklumkan pihak universiti tidak menjemput mana-mana pihak termasuk mangsa untuk berjumpa dengan rektor, maklum balas itu menyebabkan suspek tidak berpuas hati dan enggan menyerahkan telefon bimbit milik mangsa,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, ketika mangsa berusaha mengambil telefon bimbitnya, suspek telah bertindak merakam aksi mangsa.

Katanya, bertindak atas maklumat, sekitar pukul 4.40 petang semalam, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah menahan suspek.

Pelajar berkenaan di tahan di pekarangan dewan auditorium sebuah universiti tempatan di daerah ini dan telah merampas satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk merakam video semasa kejadian.

“Hasil siasatan mendapati, suspek yang berusia 22 tahun itu merupakan pelajar tahun tiga di universiti tersebut dan dia mengaku merakam video semasa kejadian sebagai bukti dia diserang,” ujarnya.

Katanya, suspek direman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI