fbpx

13 kakitangan positif Covid-19, PDT Tampin tutup sementara operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Susulan 13 kakitangan disahkan positif Covid-19, kesemua operasi di kaunter Pejabat Daerah dan Tanah Tampin ditutup sepenuhnya buat sementara waktu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

TAMPIN – Susulan 13 kakitangan disahkan positif Covid-19, kesemua operasi di kaunter Pejabat Daerah dan Tanah Tampin ditutup sepenuhnya buat sementara waktu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Suhaiza Sharudin berkata, operasi di pejabat berkenaan ditutup bermula 2 April (semalam) dan orang awam digalakkan untuk melaksanakan urusan secara atas talian.

Menurutnya, kesemua kakitangan yang positif berusia lingkungan 30an hingga 40an berkhidmat di Bahagian Khidmat Pengurusan itu telah di bawa ke hospital dan MAEPS untuk tujuan rawatan dan pantauan.

“Bagi kerja-kerja sanitasi dan pembersihan di pejabat, urusan berkenaan telah dilaksanakan pada 29 Mac lalu.

“Selain secara atas talian, urusan pembayaran cukai boleh dibuat di mana-mana pejabat pos di negeri ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.

Sementara itu, melalui data yang dikongsikan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), satu kluster baharu diumumkan iaitu Kluster Jalan Padang membabitkan sebuah pusat pentadbiran awam.

Menurut perkongsian berkenaan, kes indeks bagi kluster berkenaan membabitkan seorang wanita warganegara Malaysia berusia 47 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Mac hasil saringan individu bergejala.

Wanita berkenaan mula bergejala pada 25 Mac.

Sehingga semalam kluster membabitkan empat daerah di negeri ini iaitu Rembau, Tampin, Jempol dan Kuala Pilah itu serta satu daerah di Melaka iaitu Alor Gajah telah merekodkan sebanyak 14 kes positif Covid-19.

Sebanyak 101 individu telah disaring iaitu merupakan kontak rapat bagi kakitangan yang positif Covid-19 berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI