fbpx

Morbidelli mahu pasukan lebih serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORBIDELLI hanya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18 pada GP Doha apabila jenteranya berdepan masalah. – AFP

DOHA – Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli enggan berputih mata sekali gus mahu masalah tenikal pada jenteranya diatasi segera sebelum saingan bermula di Grand Prix (GP) Doha pada hujung minggu ini.

Pada minggu lalu, Morbidelli dilihat begitu kecewa dengan jenteranya apabila gagal memecut laju sekali gus terpaksa berpuas hati di kedudukan ke-18 meskipun pada sesi ujian sebelum itu dia merekodkan masa terbaik di Qatar.

Difahamkan, Morbidelli mengalami masalah peranti holeshot sekali gus berdepan kesukaran untuk memecut laju dengan jentera YZR-M1 milik­nya itu.

Bagaimanapun, Morbidelli yakin pasukan teknikalnya akan melakukan yang terbaik dan bertekad untuk memberi tentangan kepada kelompok hadapan semula pada pusingan kedua yang akan berlangsung di litar sama, Litar Antarabangsa ­Losail.

“Saya akui ketika ini saya bukan pelumba terbaik Yamaha. Saya harap pasukan dapat memperbaiki masalah yang saya hadapi dan tanganinya dengan lebih serius.

“Ketika ini pasukan sedang bekerja keras dan melihat lebih mendalam mengenai masalah yang saya hadapi. Saya harap segalanya mampu berjalan dengan lancar sebelum saingan sebenar bermula.

“Meskipun sedikit kecewa dengan keputusan minggu lalu tetapi saya mahu kekal tenang. Pada ketika ini perkara yang utama adalah anda perlu kekal positif dan berusaha sebaik yang mungkin,” katanya.

Pelumba Ya­maha lain mempamerkan aksi terbaik apabila Maverick Vinales menjuarai perlumbaan pusingan pertama itu, manakala Fabio Quartararo di kedudukan kelima.

Rakan sepasukan Morbidelli, Valentino Rossi mengakhiri perlumbaan di kedudukan 12 terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI