fbpx

Bual bicara istimewa BTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN BTS

KUMPULAN K-pop fenomena dunia, BTS baru-baru ini muncul dalam rancangan bual bicara istimewa eksklusif berjudul Let’s BTS baru-baru ini.

Program bual bicara khas berjudul BTS Special Talk Show 2021, Let’s BTS siaran KBS tersebut akan fokus terhadap usaha memberikan sokongan kepada semua dalam menempuh tempoh sukar ketika ini.

Selain berkongsi tentang muzik, tujuh anggota BTS itu juga berkongsi pengalaman sepanjang berhadapan pandemik Covid-19 dan impak kepada kehidupan peribadi mereka.

“Produksi kami akan mengetengahkan BTS bukan sahaja sebagai artis global tetapi kisah benar mereka sepanjang Covid-19 melanda.

“Mereka akan membicarakan kisah yang belum pernah mereka kongsikan sebelum ini.

“Menariknya, BTS turut akan melakukan persembahahan istimewa sebelum program berakhir,” ujar KBS.

Sebelum ini, BTS buat pertama kalinya mencatat sejarah tersendiri apabila gagal memenangi sebarang anugerah pada Grammy Award 2021 yang diadakan pada 14 Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI