fbpx

Padah ugut kakak, adik dipenjara dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Mohammad Shafiq dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Hanya kerana gagal menahan marah sehingga mengugut mahu membunuh kakaknya yang tidak memasak nasi, seorang pemotong rumput dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Hukuman itu diputuskan selepas tertuduh, Mohammad Shafiq Romly, 33, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan kakaknya yang berusia 37 tahun untuk membunuh mangsa dan keluarga.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Jalan Kubur Tok Pah, Kampung Jambu di sini kira-kira pukul 9 malam pada 17 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh mengamuk dengan memaki hamun dan mengugut kakaknya dengan berkata ingin membunuh wanita itu dengan ahli keluarganya hanya kerana tidak masak nasi selepas tertuduh bangun daripada tidur.

Pendakwaan dikendalikam oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan manakala tertuduh diwakili peguam bela Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Atikah Abd Halim.

Terdahulu, Siti Edabayu memohon hukuman yang setimpal selepas mengambil kira hubungan tertuduh dengan mangsa pada masa akan datang.

Siti Atikah dalam rayuannya memohon agara hukuman yang minima dikenakan kerana percaya tertuduh sudah insaf akan kesalahannya.

“Saya yakin tertuduh sudah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan itu. Saya juga memohon hukuman bermula dari tarikh ditangkap,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman penjara dua tahun bermula dari tarikh dia ditahan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI