fbpx

Neelofa ke Langkawi atas urusan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa dan Haris ketika majlis perkahwinan mereka.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah memberi kebenaran kepada selebriti terkenal Neelofa bersama tiga lagi individu untuk ke Langkawi atas urusan kerja.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, berdasarkan permohonan yang dibuat oleh wakil sebuah syarikat produk minuman di Balai Polis Sri Hartamas di sini mendapati, tujuan utama Neelofa dan wakil syarikat terbabit ke Langkawi adalah atas urusan kerja bukannya untuk berbulan madu.

Katanya, berdasarkan permohonan berkenaan, kesemua mereka dibenarkan pergi ke lokasi tujuan bermula 27 Mac hingga 4 April 2021.

“Hasil semakan pada borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditandatangani oleh Ketua Polis Balai, Balai Polis Sri Hartamas, mendapati sebab-sebab pergerakan keluar empat individu ini adalah atas urusan kerja.

“Syarikat terbabit turut mengeluarkan surat memaklumkan nama Neelofa dan tiga yang lain berserta nombor kad pengenalan sebagai mewakili mereka untuk melawat kawasan syarikat minuman tersebut akan dibuka,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, Basri berkata, berdasarkan jadual pergerakan mereka, lokasi yang akan dituju oleh Neelofa dan empat lagi adalah Langkawi, Sungai Petani, dan Kangar, Perlis.

“Berdasarkan lampiran surat permohonan, mereka dijadualkan tiba di Langkawi pada 29 Mac dan akan berada di sana sehingga 2 April sebelum melawat ke cawangan syarikat minuman itu di Sungai Petani dan Kangar pada 3 April,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya terbukti kehadiran Neelofa ke Langkawi untuk tujuan berbulan madu, maka pihak polis di sana boleh mengambil tindakan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI