fbpx

Hanya miliki asas 3M, Insan ubah hidup remaja tercicir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
DALIZA ARIFFIN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Asalnya sebagai anak muda yang dibesarkan di Flat San Peng, Shafiq hilang hala tuju kehidupannya.

Dia yang hanya memiliki asas pengetahuan 3M iaitu menulis, membaca dan mengira itu dipilih oleh Insan Development Academy (Insan) bersama lebih daripada 300 remaja lain daripada keluarga B40 untuk menyertai Program Pembangunan Insan.

Berkat usaha, komitmen dan disiplinnya menjalani kursus teori dan latihan praktikal selama enam bulan di kilang pembuatan, Shafiq telah diserap sebagai pekerja tetap di kilang berkenaan dengan gaji bulanan kira-kira RM2,000.

Pastinya air tangan pengasas program tersebut, Dr. Zamri Noordin kini mampu tersenyum bangga melihat Shafiq dan remaja lain berdikari, mengubah diri dan berjaya keluar daripada kepompong kedaifan.

Siapa sangka, jika dahulu ada yang datang mendaftar pada hari pertama dengan sehelai sepinggang berkasut rosak selain duit di tangan hanya RM1.50, kini mampu menjawat jawatan penyelia dengan gaji sehingga RM3,000.

Jika dahulu mereka digelar mat rempit tetapi kini menjadi imam di rumah sewa bersama rakan sekerja dan mampu memberi sebahagian daripada gaji mereka kepada keluarga di kampung.

Sebenarnya masih ada ruang dan peluang buat anak-anak muda di luar sana untuk mengubah diri dan pemikiran sehingga menganggap diri sebagai beban kepada keluarga.

Lebih menarik, peserta program Insan tidak akan menjalani latihan kerja berteraskan 3D iaitu dirty, dangerous dan difficult tetapi diberi pendedahan kepada kerja-kerja industri ringan dengan menerima elaun daripada pihak industri sebanyak RM700 hingga RM900 sebulan.

Berdasarkan segala keperluan yang telah disediakan di depan mata, golongan anak muda ini dilihat sangat bertuah.

Disebabkan keistimewaan itu juga, ada graduan diploma dan ijazah cuba menyelinap masuk, menyamar dan menipu kakitangan Insan untuk menyertai program berkenaan dengan alasan, mereka tidak diberi peluang bekerja sehingga kini.

Pengalaman bertemu dan berbual dengan Shafiq bersama rakan-rakannya pada hari graduasi di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini benar-benar membuat penulis rasa terharu.

Sedih dan bangga atas kejayaan mereka yang memakai jubah dan topi graduasi mengambil sijil program masing-masing.

Jika dahulu comot, tidak terurus, busuk dan hidup mereka terabai tetapi kini adalah masa untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup dengan kerjaya yang menjamin masa depan.

Dengan nada perlahan menahan sedih, Shafiq berkata, “Saya mahu bahagiakan ibu dan ayah, puan tolong doakan saya.” Hati penulis yang makin sebak cuba disembunyikan dari awal perbualan akhirnya tewas juga sambil mengesat air mata yang mula mengalir deras.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI