fbpx

6 negeri kekal PKPB, 10 kekal PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak enam buah negeri dan wilayah dikekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sementara 10 negeri kekal Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pengekalan status PKPB dan PKPP bagi negeri-negeri ini akan berkuat kuasa bermula 1 April 2021 sehingga 14 April 2021 kecuali Sarawak yang bermula hari ini, 30 Mac 2021
sehingga 12 April 2021.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mendengar pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.

“Secara keseluruhan, KKM mengesahkan status kes Covid-19 di kebanyakan negeri ketika ini menunjukkan trend penurunan namun terdapat beberapa negeri yang masih menunjukkan trend turun-naik dan meningkat.

“Atas cadangan dan penilaian risiko oleh KKM, Sidang Khas membuat keputusan untuk mengekalkan status PKPB bagi enam buah negeri serta wilayah termasuk mengekalkan status PKPP bagi 10 buah negeri serta wilayah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, enam buah negeri yang kekal dengan status PKPB ialah Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.

“Sementara negeri atau wilayah yang dikekalkan status PKPP ialah Perlis, Kedah, Perak, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Labuan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI