fbpx

Perebutan juara Kumpulan B sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEI FOONG (tengah) banyak menggerakkan bahagian tengah Johor Jewels hingga memudahkan pasukan itu menang 67-48 ke atas Pahang Tulips di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

PEREBUTAN kejuaraan dalam Kumpulan B saingan Netball Super League (NSL) dilihat semakin menarik selepas Johor Jewels menang 67-48 ke atas Pahang Tulips di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Keputusan itu sekali gus me­nyaksikan Johor terus memberi tekanan kepada pendahulu kumpulan, Selangor Angels apabila berkongsi 10 mata dengan pasukan berkenaan.

Pada aksi malam tadi, goal shooter Johor, Nuraina Raziani menjadi penyumbang mata utama selain gerakan centre berpe­ngalaman, Pow Mei Foong yang banyak menggerakkan bahagian tengah pasukan.

Meskipun sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir, namun goal attack Johor, Nur Ezzaini Mohd. Nor menegaskan, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang minggu ketiga saingan peringkat kumpulan hujung minggu ini.

“Secara keseluruhan, kami sudah buat yang terbaik pada perla­wanan ini, namun masih banyak yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan akan datang.

“Saya fikir kami masih ada kekurangan dari segi hantaran, jaringan serta komunikasi antara pemain. Kami perlu perkemaskan lagi aspek-aspek tersebut,” kata­nya ketiak ditemui sejurus tamat perlawanan.

Pada masa sama, dia turut menggesa rakan-rakan sepasukan agar memberi fokus sepenuhnya kepada aksi menentang Selangor dan Negeri Sembilan Venom hujung minggu ini.

“Memang kami sudah layak ke separuh akhir tetapi dua perlawanan terakhir kumpulan sangat penting.

“Sebaik tamat aksi peringkat kumpulan, baru kami akan fokus untuk separuh akhir,” ujarnya.

Sebagai rekod, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung 10 April depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI