fbpx

Lapan pasukan teruja meraih slot ke final MLBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MURSYID (dua dari kiri) bersama ahli pasukan WOWX berjaya bersama tujuh lagi pasukan lain meraih slot ke pusingan akhir MLBB selepas aksi sengit kelayakan secara online yang berlangsung semalam.

 

AKSI pusingan kelayakan pertama kejohanan Malaysia Esports Series (MES) 2021 bagi kategori permainan video Mobile Legends Bang Bang (MLBB) berlangsung cukup sengit dengan lapan pasukan berjaya meraih slot ke pusingan akhir.

Pasukan yang berjaya meraih tiket ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 11 April depan adalah We Own World X (WOWX), ESDK Zerg, EBLIZ, Zeo Revenge, Purge Revival, Boss X Kroni, Purge Esports dan Sterk Nation.

Ketua pasukan WOWX, Mohd. Mursyid Kamarulzaman yang lebih mesra dengan nama Flynn berkata, prestasi pasukan sepanjang sesi kelayakan berlangsung cukup positif dengan pemain memberikan komitmen penuh.

“Secara jujur, pada awal saingan kami satu pasukan memiliki masalah komunikasi yang menyebabkan saya agak kurang berpuas hati dengan prestasi semasa.

“Namun, masalah tersebut dapat diatasi dan saya sangat gembira apabila pasukan kami dapat meraih tiket ke saingan pusingan kalah mati nanti dan kami akan terus berusaha untuk mara sejauh mungkin pada kejohanan MES kali ini.

“Ganjaran wang tunai sebanyak sebanyak RM15,000 untuk juara sudah tentu menjadi daya penarik utama dan saya harap rakan-rakan kekal fokus dan tidak terbuai dengan prestasi semasa,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sementara itu, Tengku Indera Petra Tengku Ishan Petra yang mewakili pasukan Purge Revival optimis semua pemain dapat memberi cabaran yang diharapkan pada pusingan akhir nanti.

“Berdasarkan prestasi semasa pasukan pada pusingan kelayakan ini, saya percaya tiada masalah untuk kami memberikan saingan pada aksi pusingan akhir jika pemain kekalkan rentak konsitensi yang sama,” katanya yang lebih mesra dengan gelaran Aoki.

Sebagai rekod, MES 2021 menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM20,000 bagi FIFA 2021, RM40,000 bagi MLBB dan RM40,000 bagi PlayerUnknowns Battlegrounds Mobile (PUBGM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI