fbpx

Kerajaan dan swasta disaran ambil banduan bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LANGAT – Kerajaan dan juga pihak swasta disaran untuk mengambil tenaga kerja dalam kalangan banduan untuk menjimatkan kos berbanding mengambil pekerja warga asing.

Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, beliau mencadangkan perkara tersebut bagi mengurangkan kos mengambil pekerja warga asing yang boleh mencecah sehingga berbilion ringgit.

“Banyak kos yang boleh dijimatkan, dan segala kos tersebut juga boleh digunakan kerajaan untuk digunakan pada tempat-tempat lain.

“Malah daripada segi kos penjagaan banduan juga pihak syarikat tersebut akan menanggung segala kos banduan-banduan terbabit,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) bermula di Centralised Labour Quarters (CSL) di Saujana Putra di sini hari ini.

Tambahnya lagi, masalah seperti komunikasi juga dapat dielakkan kerana kesemua banduan yang diambil bekerja adalah warga tempatan.

“Saya juga diberitahu kontraktor bahawa masalah komunikasi tidak menjadi masalah berbanding dengan pekerja warga asing.

“Mereka juga lebih produktif dan lebih baik daripada pekerja-pekerja warga asing daripada segi hasil kerja yang telah dijalankan,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI