fbpx
HAKIM DANISH (kanan) meraih kedudukan podium ketiga pada perlumbaan ATC di Litar Antarabangsa Losail, Qatar malam tadi.

Hakim Danish naik podium di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MESKIPUN hanya berusia 13 tahun, Muhammad Hakim Danish mempamerkan aksi cukup membanggakan pada perlumbaan Ide­mistu Asia Talent Cup (ATC) apabila berjaya merangkul podium keduanya di Qatar semalam.

Pelumba kelahiran Terengganu tersebut yang memulakan saingan di petak kedua dilihat tidak bermula baik sewaktu di grid perlumbaan, namun Hakim Danish memperbaiki setiap pusi­ngan perlumbaan.

Ketinggalan di pertengahan perlumbaan, Hakim tidak mengenal erti putus asa meskipun ia merupakan penampilan sulung pada saingan tersebut apabila memberi tentangan cukup hebat kepada tiga pelumba Jepun di hadapannya.

Pada pusingan terakhir, Ha­kim tidak menoleh kebelakang dan terus memecut laju di laluan lurus Litar Antarabangsa Losail sebelum mengakhiri saingan di tempat ketiga.

Keputusan itu menjadi permulaan terbaik buat pelumba cilik negara untuk mengulangi pencapaiannya dengan mengakhiri perlumbaan pusingan pertama di kedudukan ketiga malam kelmarin.

Rakan sepasukan Hakim iaitu Danial Syahmi Ahmad Shahril yang pada mulanya memberi tentangan kepada tiga pelumba teratas terpaksa berpuas hati mengakhiri saingan tempat keenam manakala Sharul Ezwan Sharil tempat kelapan.

Juara perlumbaan tersebut dimenangi pelumba Jepun, Taiyo Furusato dan tempat kedua menjadi milik rakan senegaranya, Kanta Hamada.

POPULAR