fbpx

Emas Olimpik dalam bayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH FIRDAUS (kanan) dan Azizulhasni masing-masing merangkul pingat emas dan perak acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia di Velodrom Anna Meares, Brisbane semalam.

BINTANG berbasikal trek elit negara, Mohd. Azizulhasni Awang meluahkan keyakinan kontinjen Malaysia mampu membawa pulang pingat emas dalam acara berkenaan pada Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun yang akan bermula 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Lebih menarik, Azizulhasni, 33, menganggap rakan seper­juangan, Muhammad Shah Fir­daus mampu menamatkan pe­nantian meraih pingat emas Olimpik pertama Malaysia sejak negara mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik edisi 1956 di Melbourne, Australia.

Keyakinan itu berdasarkan kejayaan Shah Firdaus, 25, menjuarai acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia di Velodrom Anna Meares, Brisbane semalam.

“Tada kata-kata dapat menggambarkan prestasi hebat pada final keirin lelaki hari ini (semalam). Saya sudah lebih daripada gembira kerana sekali lagi menang pingat perak.

“Kayuhan Shah Firdaus cukup sempurna dan dia ibarat Lee Zii Jia versi sukan berbasikal trek. Dia mempunyai potensi yang cukup besar untuk membawa pulang pingat emas di (Sukan Olim­pik) Tokyo.

“Tiga hari perlumbaan yang sangat hebat pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia. Terima kasih kepada semua yang menjayakan perlumbaan ini,” kata Azizul dalam satu kenyataan di laman Facebook peribadinya semalam.

Kejayaan Shah Firdaus menjuarai acara keirin semalam telah mengubati kekecewaannya selepas meraih pingat gangsa acara pecut lelaki kejohanan itu kelmarin, manakala Azizul memenangi perak dalam kedua-dua kategori berkenaan.

Pelumba tuan rumah, Matthew Richardson yang menjuarai acara pecut kelmarin terpaksa akur tewas kepada Shah Firdaus dan Azizulhasni untuk sekadar meraih tempat ketiga keirin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI