fbpx

Perhimpunan masyarakat cetus Kluster Gong Kulim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada bekas pesakit tibi selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2021 di Auditorium Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu hari ini. - Foto ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kluster Gong Kulim yang dicatatkan di Kelantan semalam dipercayai berpunca daripada satu perhimpunan yang diadakan di sebuah negeri di Pantai Timur baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kluster itu melibatkan komuniti di daerah Pasir Puteh.

“Kluster itu tercetus akibat satu perhimpunan yang diadakan di sebuah negeri baru-baru ini. Maklumat lanjut mengenai perhimpunan itu tidak dapat didedahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2021 di Auditorium Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Zaini, beliau tidak menolak kemungkinan faktor utama peningkatan kes harian Covid-19 di negeri ini disebabkan majlis kenduri dan keramaian.

Katanya, meskipun majlis perkahwinan, tahlil dan keramaian dibenarkan, semua lapisan masyarakat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI