fbpx

PDRM Melaka kutip RM1.15 juta saman tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menunggu giliran untuk membayar saman masing-masing.

MELAKA – Sebanyak RM1.15 juta bayaran saman berjaya dikutip Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri sepanjang tempoh tiga hari tawaran diskaun 50 peratus diadakan sempena Hari Polis ke-214 bermula Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sepanjang tawaran itu berlangsung, seramai 2,311 pesalah trafik telah merebut peluang menyelesaikan bayaran saman yang tertangguh.

Katanya, pembayaran saman itu telah dibuat di kaunter pejabat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Melaka yang dibuka seawal pukul 8 pagi sehingga 4 petang.

“Sepanjang tempoh tiga hari dilaksanakan sehingga semalam, seramai 2,311 pesalah trafik telah hadir membuat pembayaran saman di pejabat trafik IPD Melaka yang terlibat.

“Sebanyak 10,068 saman telah diselesaikan dengan melibatkan nilai kutipan sebanyak RM1,152,040,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, sebanyak RM870,010 bayaran saman berjaya dikutip melalui pembayaran tunai, manakala baki RM282,030 menerusi kad kredit.

“Pembayaran saman yang dibuat melibatkan pelbagai kategori kesalahan jalan raya dengan sebanyak 6,499 saman di bawah Pol 170A manakala 3,569 saman mengikut Pol 257.

“Bagaimanapun terdapat beberapa kesalahan yang tidak layak untuk mendapat diskaun ini antaranya saman tahun 2020 dan 2021 bagi kesalahan menggunakan lorong kecemasan, potong secara bahaya, potong garisan berkembar dan ubah suai ekzos yang dikeluarkan bermula 1 Mac lalu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI