fbpx

25 maut bangunan 10 tingkat runtuh di Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN keselamatan mengusung jenazah mangsa runtuhan untuk dihantar ke hospital berdekatan. - AFP

KAHERAH – Sekurangnya-kurangnya 25 terkorban susulan bangunan 10 tingkat runtuh di daerah Gesr Suez, Mesir dengan jumah kematian dilaporkan meningkat berbanding semalam selepas operasi menyelamat diteruskan hari ini.

Akhbar Al-Ihram berkata, jumlah mangsa yang cedera pada insiden semalam bertambah kepada 75 orang.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri tertimbus masih diteruskan sehingga lewat petang hari ini.

Akhbar itu turut melaporkan empat tingkat bangunan telah ditambah secara haram.

Pejabat Gabenor Kaherah dalam satu kenyataan berkata, insiden itu melibatkan sebuah bangunan yang terdiri daripada ruang bawah tanah, tingkat bawah dan sembilan tingkat atas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI