fbpx

Watkins ledak gol pada aksi debut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATKINS (dua dari kanan) membalas kepercayaan England dengan meledak satu gol ketika pasukan itu membelasah San Marino 5-0 awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Penyerang skuad England, Ollie Watkins mengakui bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila berjaya menjaringkan gol pertama di pentas antarabangsa bersama skuad The Three Lions pada aksi debut apabila membantu pasukan menewaskan San Marino 5-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Wembley itu, Watkins yang dimasukkan sebagai pemain gantian sangat berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan selain mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih dan rakan sepasukan.

“Apa yang saya lalui ketika ini adalah perasaan yang sangat luar biasa kerana bukan mudah untuk menjaringkan gol pada aksi debut antarabangsa bersama skuad England dan saya gembira dapat melakukannya.

“Secara jujur, saya agak gementar kerana sejak tahu nama berada dalam senarai skuad utama kali ini, saya tidak tahu sama ada akan diberi peluang untuk beraksi atau tidak. Namun, jurulatih (Gareth Southgate) percaya dengan kebolehan saya.

“Kini, saya tidak boleh mendabik dada dan perlu terus bekerja keras sekiranya berhasrat untuk kekal berada dalam pasukan ini terutama apabila kejohanan Eropah (Euro) yang akan berlangsung pada Jun depan,” katanya.

Sementara itu, Southgate mengakui sangat teruja dengan potensi yang dimiliki oleh pe­nyerang sensasi skuad Aston Villa itu selain percaya kualiti dan sikap positif Watkins tidak mustahil dapat menjadikannya penyerang yang lebih baik.

“Anda boleh lihat gaya Watkins meraikan gol jaringannya. Saya rasa dia tidak kekok untuk berada dalam skuad utama meskipun ini adalah penampilan pertama buatnya. Apa yang pasti, saya mahu dia kekal rendah diri dan berusaha lebih keras untuk mengukuhkan tempat kerana persaingan cukup sengit,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI