fbpx

Guna pemegang kad UNCHR hantar arak seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek warga Sri Lanka yang ditangkap PGA Battalion 4 di Klang, semalam.

KLANG – Kegiatan penyeludupan dan pengedaran arak menggunakan khidmat pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) terbongkar menerusi penahanan seorang ahli sindiket warga Sri Lanka, di Persiaran Raja Lumu, Pelabuhan Klang, semalam.

Dalam serbuan pukul 4.20 petang, suspek lelaki berusia 25 tahun itu ditangkap bersama 1,548 botol arak bernilai RM303, 362.55 termasuk cukai yang berada dalam sebuah lori yang dipandunya.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am, Superintenden Rizal Mohamed berkata, siasatan mendapati suspek telah bekerja sebagai penghantar arak seludup sejak tiga tahun.

Katanya, dia ditawarkan pekerjaan itu selepas berkenalan dengan seorang lelaki di sebuah kedai kopi di Pandamaran di sini. Lelaki tersebut kini adalah majikan suspek.

“Siasatan awal mendapati bayaran gaji diterima suspek adalah RM1,200 sebulan.

“Suspek akan mengikut sebarang arahan penghantaran ke sesuatu kawasan yang diminta oleh majikannya itu termasuk dari Pandamaran ke Pelabuhan Klang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau menambah, modus operandi sindiket ini didapati meninggalkan lori bersama muatan dipercayai arak seludup sebelum kenderaan itu dipandu individu lain ke satu tempat yang tidak diketahui suspek pemegang UNHCR itu.

Ujarnya, lori itu kemudiannya akan diletakkan semula di lokasi asal selepas kerja penghantaran selesai oleh individu berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan suspek sedang menunggu pemandu lori lain di hadapan sebuah premis di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan suspek mengaku pernah ditangkap oleh polis kerana didapati memiliki arak tidak bercukai namun tidak mengetahui jumlah denda yang dibayar majikannya,” katanya.

Rizal menjelaskan dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas sebuah lori dan telefon bimbit dengan keseluruhan rampasan dianggarkan RM363,482.55

“Kejayaan ini berjaya memutuskan rangkaian sindiket pengedaran arak seludup di sekitar Klang. Suspek dan barangan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Pandamaran untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kastam 1967,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI