fbpx

Raja Muda Selangor prihatin, beri sokongan perniagaan mikro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Amir Shah (kanan) melawat Kohijrah Mart sambil diberikan penerangan Mohd. Syukri. FOTO : ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Pandemik Covid-19 yang memberikan kesan terhadap para peniaga mikro mendapat perhatian Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melawat Wisma Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Youth Community (SAY), Nurul Azwa Rodzi, berkata, kunjungan Tengku Amir Shah itu turut disertai 10 usahawan mikro Kohijrah dan 10 usahawan Orang Kelainan Upaya (OKU) di bawah naungan baginda melalui program Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD).

Katanya, SAY bekerjasama dengan Kohijrah untuk membimbing 10 OKU menerusi program SAY LEAD.

“Peserta terdiri daripada pemegang kad ahli OKU itu juga usahawan yang mempunyai perniagaan mikro sendiri.

“Kohijrah yang mempunyai ahli seramai 15,000 orang turut terkesan akibat pandemik tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Kohijrah, Mohd.Syukri Ismail.

Nurul Azwa turut memberitahu, Tengku Amir Shah turut menyokong usahawan mendapatkan trak makanan dan bantuan perniagaan yang disediakan Kohijrah.

“SAY LEAD telah dilaksanakan sejak tiga tahun lalu dengan seramai 40 usahawan telah berjaya dihasilkan program itu.

“Tengku Amir Shah dijadualkan akan memilih usahawan OKU terbaik pada 6 April ini yang bakal mendapat hadiah geran pembungkusan dan promosi daripada Kohijrah,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI