fbpx

Bangkit kembali bersama RichWorks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROGRAM Virtual Online Bina Bisnes Berjaya-Edisi Khas Nak Ubah Hidup bersama Datuk Wira Azizan Osman berlangsung tiga hari bermula esok.

MASA berlalu dengan pantas, pejam celik sahaja sudah setahun lebih kita menjalani kehidupan norma baharu selepas Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu.

Pelbagai impak dirasai rakyat Malaysia dengan ratusan ribu telah diberhentikan kerja, dipotong gaji atau diarahkan bercuti.

Kesusahan dihadapi sebahagian daripada rakyat negara ini benar-benar berlaku misalnya kes tular melibatkan seorang suri rumah yang ditahan kerana tidak mampu membayar makanan dan ubat bernilai RM58 di sebuah pasar raya pada 20 Januari lalu.

Mereka juga berkemungkinan berdepan dengan masalah lain terutama kesihatan mental.

Bahkan, satu kajian terbitan Institut Penyelidikan Khazanah mendapati golongan berpendapatan rendah mempunyai masalah kesihatan mental dan penyakit kronik yang lebih tinggi.

Golongan berpendapatan rendah yang mempunyai masalah kesihatan mental tertinggi ini terdiri daripada mereka dalam kalangan orang dewasa.

Isu kesihatan mental ini penting kerana ia memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan, dianggarkan lebih 237,500 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ‘lingkup’ atau gulung tikar sejak pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu.

Sehubungan itu, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) mahu membantu orang ramai di seluruh negara terutamanya mereka yang terkesan dengan pandemik ini untuk bangkit semula.

RichWorks percaya menerusi program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya-Edisi Khas Nak Ubah Hidup bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang diadakan pada 26 hingga 28 Mac 2021 ini dapat membantu orang ramai.

Program tersebut merupakan penambahbaikan daripada program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan yang telah membantu puluhan ribu usahawan sejak tahun 2008.

Usahawan berjaya menyaksikan perubahan hidup dan bisnes mereka menjadi lebih baik lagi dengan jualan mencecah jutaan ringgit.

Antara usahawan bimbingan RichWorks yang berjaya termasuk Sabella, Faith Fleur dan Mamasab.

RichWorks sekali lagi menjemput orang ramai terutamanya mereka terkesan dengan pandemik ini untuk hadir ke program pada esok, Sabtu dan Ahad ini.

Maklumat lanjut sila layari www.BinaBisnesBerjaya.com. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI