fbpx

Ode Jee perluas pasaran ke Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Selepas kira-kira lima bulan dilancarkan di Johor, syarikat pengendali aplikasi makanan halal pertama di Malaysia, Ode Jee mula meneroka pasaran ke Pantai Timur.

Pahang dipilih sebagai lokasi­ pertamanya kerana potensi pasaran dan kemampuan Kuantan yang sering dirujuk sebagai pintu masuk utama untuk meluaskan pasaran ke Kelantan dan Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif Ode Jee, Yussaini Ali berkata, sejak diperkenalkan Januari lalu secara tidak rasmi, syarikat telah memiliki 300 vendor berdaftar melalui aplikasi tersebut.

“Buat masa ini, kami sudah ada 300 vendor (berdaftar) di Pahang manakala di Kelantan dan Terengganu pula, sudah ada kira-kira 250 vendor.

“Jumlah ini adalah satu permulaan yang baik dan kami menyasarkan untuk memiliki sehingga 1,000 vendor masing-masing di Pahang, Terengganu dan Kelantan mendaftar melalui aplikasi Ode Jee menjelang hujung tahun ini.

“Kami jangkakan seramai lima juta pengguna akan memuat turun aplikasi Ode Jee dalam masa setahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pra pelancaran aplikasi Ode Jee di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif JME Resources Sdn. Bhd. Alfian Abas.

Yussaini menjelaskan, pihak­nya bercadang untuk memperluaskan tawaran penggunaan aplikasi Ode Jee ke seluruh negara secara berperingkat bagi memberi pilihan kepada umat Islam mendapatkan perkhidmatan penghantaran makanan dijamin halal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI