fbpx

Irwansyah dikhabarkan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRWANSYAH

MINGGU ini peminat dikejutkan dengan khabar angin bahawa penyanyi dan juga pelakon, Irwansyah telah meninggal dunia.

Enggan berdiam diri, suami kepada Zaskia Sungkar itu tampil menafikan berita yang dianggap satu pembohongan besar tersebut.

“Saya semakin tidak faham bagaimana berita tersebut boleh tersebar,” kata Irwansyah menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam InstaStorynya.

Bagaimanapun, kenyataan sebenar terjawab kerana ‘Irwansyah’ yang dikatakan meninggal dunia merupakan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dari Desa Bojong Kulur, Gunung Putri, Bogor, Jawa Barat.

Difahamkan kanak-kanak tersebut meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan diri sendiri telah meninggal dunia.

“Ternyata orang yang sebenar ialah seorang kanak-kanak yang memiliki nama sama seperti saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI