fbpx

Beberapa tindakan atasi gangguan air HRPZ II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Raja Perempuan Zainab II

CYBERJAYA – Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Tanjung Mas daripada kapasiti 10 juta liter sehari (JLH) kepada 30 JLH, bagi mengatasi ketidakcukupan bekalan air daripada loji-loji sedia ada yang membekalkan bekalan air ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam kenyataan akhbarnya memaklumkan, tindakan jangka panjang tersebut membabitkan projek dengan anggaran kos sebanyak RM50 juta, adalah di bawah pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan dijangka siap pada penghujung tahun 2023.

“Secara keseluruhan, Kerajaan Persekutuan melalui PAAB melaksanakan projek menaik taraf tiga loji rawatan air termasuk LRA Tanjung Mas dengan anggara kos sebanyak RM 176 juta, bagi meningkatkan kapasiti reka bentuk kepada 80 JLH bekalan air di negeri Kelantan.

“Kerajaan Persekutuan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah melaksanakan projek penggantian paip sepanjang 42 kilometer (km) di bandar Kota Bharu, Kelantan.

“Projek ini bertujuan untuk menambah baik pembekalan bekalan air ke bandar Kota Bharu dan kawasan sekitarnya serta telah siap dan mula beroperasi pada 8 Mac lepas,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, SPAN menjelaskan, projek penggantian paip sepanjang kira-kira 225 km sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui PAAB di seluruh negeri Kelantan dan melibatkan anggara kos sebanyak RM88 juta.

“Ia bertujuan untuk mengurangkan kadar Air Tidak Terhasil (NRW) dan menambah baik pembekalan air di negeri Kelantan.

“SPAN juga telah meluluskan projek pembinaan paip secara terus dari Tangki Merbau ke HRPZ II. Projek ini akan dilaksanakan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan dijangka akan siap serta mula beroperasi selewat-lewatnya pertengahan Julai ini,” ujarnya.

Sebagai langkah penyelesaian jangka pendek pula, SPAN memaklumkan, AKSB telah melaksanakan kerja-kerja pengalihan paip ‘t-off’ bagi menangani masalah gangguan bekalan air di HRPZ II susulan penyiapan dan pengoperasian projek penggantian paip lama kepada paip baru yang dilaksanakan oleh PAAB di Bandar Kota Bharu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI