fbpx

Polis siasat dakwaan wanita dicabul ahli politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan serta membuka siasatan berhubung kejadian cabul seorang wanita melibatkan seorang ahli politik bergelar Datuk di sebuah rumah di Taman Bukit Melawati tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ketika kejadian di antara Julai hingga Ogos tahun lalu, mangsa serta suaminya telah dilawati oleh suspek bersama isterinya yang turut bermalam di rumah mereka.

“Pada awal pagi keesokan harinya, sewaktu wanita berusia 48 tahun itu sedang tidur di ruang tamu di tingkat satu, dia tiba-tiba merasai telah disentuh di bahagian dada selain dicium yang mengakibatkannya terjaga.

“Wanita tersebut mendakwa, suspek yang menyedari dia telah tersedar daripada tidur seterusnya turun ke bawah dan pulang ke rumah bersama isterinya,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, wanita yang juga merupakan seorang ahli perniagaan itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian pada 16 Mac lalu.

Menurut Mohamad Farouk, wanita berkenaan takut untuk membuat sebarang laporan polis selama ini kerana bimbang akan merosakkan hubungan dengan suspek selain tidak pasti apa yang perlu dibuat memandangkan suspek merupakan seorang ahli politik yang berpengaruh di sebuah negeri di Pantai Timur.

“Setakat ini pihak kami belum membuat sebarang tangkapan namun siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dengan denda atau dengan sebat,” tegas beliau. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI