fbpx

Alihkan sahaja projek KLIP ke kawasan lain – MNS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ISMAIL menunjukkan kawasan habitat semula jadi di Sungai Timun dekat sini yang boleh terjejas sekiranya projek KLIP dilaksanakan di Kuala Linggi, Melaka.

REMBAU – Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) berharap projek Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) bernilai RM15 bilion di Kuala Linggi, Melaka perlu dialihkan ke kawasan lain.

Ia supaya pembinaan projek berkenaan kelak tidak menganggu kawasan semula jadi dan habitat haiwan yang terdapat di kawasan Sungai Linggi yang berada di kawasan Negeri Sembilan.

Presiden MNS, Dr. Ahmad Ismail berkata, pihaknya melihat isu pembinaan KLIP daripada pelbagai sudut terutama impak kepada habitat semula jadi di kawasan berkenaan dan lokasi pelancongan di sekitar Sungai Linggi.

“Kami sangat prihatin dengan apa sahaja berkaitan alam semulajadi, kami tahu Sungai Linggi ini mempunyai kepelbagaian ekosistem dan habitat termasuk habitat buaya, udang galah, kelip-kelip yang turut dilihat akan menjejaskan pendapatan penduduk di sini

“Kita lihat juga, terdapat banyak chalet yang mempunyai pemandangan pantai yang cantik, projek ini tiada panduan dan jelas memberi kesan negatif kenapa perlu pelabuhan tersebut? Carilah lokasi lain yang tidak menganggu alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi penerangan kepada pihak nelayan berkaitan projek KLIP di Jeti Pangkalan Nelayan Sungai Timun, dekat sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI