fbpx

MetMalaysia keluar amaran ribut petir ditujuh negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda tujuh buah negeri sehingga pukul 5 petang ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya sebentar tadi, antara negeri yang terlibat adalah Perak; Pahang; Selangor; Negeri Sembilan; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Sarawak dan Sabah.

Di Perak, antara kawasan yang terlibat adalah di sekitar Larut; Matang; Selama; Kinta; Kampar; Bagan Datuk; Hilir Perak; Batang Padang dan Mualim.

“Sementara itu, bagi negeri Pahang ia melibatkan kawasan Raub dan Bentong, manakala Selangor di sekitar Sabak Bernam; Hulu Selangor; Kuala Selangor; Klang; Gombak; Petaling dan Hulu Langat.

“Di Negeri Sembilan pula ia melibatkan kawasan di Jelebu, Seremban dan Rembau, manakala untuk Kuala Lumpur seluruh kawasan dijangka mengalami ribut petir,” kata Met Malaysia hari ini.

Tambahnya, di negeri selatan tanah air iaitu Johor, tiga kawasan dijangka mengalami ribut petir iaitu di Muar, Batu Pahat dan Kota Tinggi.

Bagi dua negeri di lagi iaitu Sabah dan Sarawak antara kawasan dijangka berlakunya ribut petir adalah Kuching; Lundu; Kapit dan Belaga (Sarawak), manakala Sabah pula di sekitar kawasan Tawau dan Lahad Datu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI