fbpx

Status pekerja tetap pemandu Uber di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu Uber di Britain akan diberikan status pekerja tetap dengan gaji minum dan bayaran pencen, pertama kali seumpanya di dunia. - AFP

LONDON – Syarikat perkhidmatan e-hailing, Uber mengumumkan bakal mengiktiraf status pemandunya di Britain sebagai pekerja tetap dengan faedah yang biasa diperoleh kakitangan syarikat tempatan termasuk syarat gaji minimum, lapor agensi berita AFP, semalam.

Langkah tersebut adalah yang pertama seumpamanya di dunia oleh sebuah syarikat e-hailing. Uber berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, Uber juga mendedahkan pemandu yang berkhidmat di Britain akan mendapati gaji untuk cuti yang tidak diambil di samping bayaran  pencen, beberapa minggu selepas mahkamah tinggi Britain membenarkan pertukaran status pekerjaan pemandu syarikat berkenaan.

Pertukaran status ini dianggap perubahan besar dalam penstrukturan syarikat yang sebelum ini menegaskan di hadapan Mahkamah Agung Britain bahawa status pemandunya adalah bekerja sendiri.

Mahkamah Tinggi Britain dalam satu sesi bicara bulan lalu mengarahkan pemandu Uber diberi hak pekerja tetap dan bukan lagi diklasifikasikan sebagai bekerja sendiri.

“Bermula Rabu (semalam), lebih 70,000 pemandu di Britain akan diperakui sebagai pekerja tetap dan memperoleh sekurang-kurangnya taraf gaji hidup nasional selama berkhidmat dengan Uber.

“Ini permulaan yang bakal menyaksikan pemandu Uber menikmati lebih banyak faedah pekerjaan,”  kata aplikasi e-hailing itu dalam satu kenyataan.

Uber mengatakan langkah membenarkan hak pekerja bermaksud pemandu bakal memperoleh keuntungan dengan keselamatan yang lebih tinggi, menolong mereka merancang masa depan sambil mengekalkan fleksibiliti tidak menyeluruh dari industri pengambilan pekerja swasta.

Syarikat itu diramal berdepan pertambahan kos lebih tinggi dalam mengekalkan perkhidmatan mereka berikutan kemerosotan tempahan penumpang sepanjang penularan wabak Covid-19.

Meskipun permintaan tinggi untuk perkhidmatan penghantaran makanan Uber Eats semasa perintah berkurung dijalankan namun ia masih belum cukup bagi menjamin kestabilan kewangan syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI