fbpx

Geng kartel kuasai PDRM berpotensi jadi kanser – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid ketika sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Kewujudan sebilangan kecil ‘kartel’ pegawai muda Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bercita-cita untuk menguasai pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka dikhuatiri akan menjadi barah.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan kewujudan kumpulan kecil pegawai PDRM itu menerusi wawancara sebuah agensi akhbar tempatan semalam.

Menurutnya, pendedahkan itu dilakukan bagi menyedarkan dan langkah awal mengekang gerakan yang dilihat cuba menjatuhkan beliau selaku KPN.

“Saya ada bukti-bukti yang kukuh bahawa memang ada gerakan-gerakan dalam kumpulan kecil yang cuba menguasai kepimpinan dalam PDRM, perkara ini dikesan sejak tahun lalu lagi.

“Jadi saya perlu dedahkan kepada masyarakat kerana PDRM adalah hak rakyat bukannya hak individu tertentu, pendedahan ini perlu agar dapat kekang daripada mereka mempengeruhi rakan yang lain sehingga tidak dapat kawal dan boleh menjadi kanser,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan rawatan rasmi pertama ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan timbalannya, Datuk Khaw Kok Chin.

Abdul Hamid berkata, sehingga kini beliau belum berfikir untuk membuat laporan polis namun akan bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat dengan kartel berkenaan.

“Saya tidak boleh berdiam diri niat saya mahu berhentikan perkara ini supaya semua anak buah saya tahu bahawa budaya pasukan kecil wujudkan kluster atau koloni dengan cita-cita satu hari nanti menguasai badan tertinggi PDRM ini.

“Dan masa itu mereka berbuat sesuatu apa sahaja mengikut kehendak mereka adalah suatu yang jijik dan bahaya.

“Saya kena dedahkan kalau kita perap nanti jadi lebih berani sedarkan mereka jangan buat macam ini, kita bekerja sebagai satu pasukan. Saya sebagai Ketua Polis Negara, saya tidak ada koloni atau orang-orang saya,”katanya.

Abdul Hamid berkata, beliau juga tidak akan membenarkan mana-mana pihak luar yang cuba mempengaruhi atau mempergunakan PDRM.

Katanya, gerakan seumpama itu boleh mencalar nama baik selain pasukan keselamatan akan hancur jika dikuasai mereka yang tidak bertanggungjawab. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI