fbpx
Suspek yang membunuh dua wanita di Jawa Barat, Indonesia. - Instagram

Bunuh perempuan sebab benci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang pemuda di Indonesia mengaku membunuh dua wanita kerana mempunyai perasaan benci terhadap golongan itu, lapor Suara.com, baru-baru ini.

Muhammad Rian yang berusia 21 tahun ditahan polis atas tuduhan membunuh dua mangsa di Bogor iaitu Diska Putri dan Elya Lisnawati di Jawa Barat.

“Saya benci perempuan,” demikian pengakuan Rian yang dirakam oleh polis yang menahannya dan tular di media sosial.

Suspek berkata demikian selepas ditanya oleh polis tentang motif dua pembunuhan yang dilakukannya sebelum ini.

Ketua Polis Bogor Kota, Komisioner Besar Susatyo Purnomo Condro memberitahu suspek ditangkap di tempat persembunyiannya di Depok, Jawa Barat.

“Alhamdulillah, hasil kerja keras pasukan detektif polis Bogor, kami berjaya membongkar kes pembunuhan dua melibatkan dua wanita baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan. – Agensi