fbpx

Ibarat srikandi, Nabila kalah bermaruah – Alyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYAH anggap Nabila srikandi yang berperang dengan pedang tumpul.

PETALING JAYA – Persembahan ‘tergelincir’ oleh penyanyi Nabila Razali sewaktu Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada Ahad lalu masih belum reda daripada diperkatakan, baik netizen mahupun orang dalam industri.

Terbaharu, penyanyi Datin Alyah turut berkongsi pandangan dan menganggap kegagalan Nabila pada malam pada AJL35 sebagai kekalahan seorang srikandi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, pelantun lagu Sesal Separuh Nyawa itu berkata Nabila telah menjalankan tugas dengan sehabis baik dan kekalahannya cukup bermaruah.

“Salam Subuh. Terpanggil untuk bercakap tentang adik kita yang lama dan peramah ini (banyak kali jumpa dia yang akan sapa kita dulu).

“Kalah seorang srikandi. Dia kalah bermaruah. Dia jalankan tugas dengan sehabis baik. Seumpama dia berlari ke medan perang dengan pedang yang tumpul. Bukan pedang itu yang harus kita lihat.

“Tetapi keberaniannya turun ke medan perang itu yang harus dipandang,” ujar isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS itu.

Menerusi hantaran tersebut, Alyah memberitahu bahawa dia terpanggil bercakap tentang isu hangat tersebut (persembahan Nabila) kerana kagum dengan keberanian penyanyi itu.

“Saya memuji keberanian Nabila yang digambarkan seperti turun ke ‘medan perang’. Pandang positif. Kamu lebih diingati daripada yang lain. Bukti sampai ke hari ini semua masih bercakap mengenai kamu (tidak kisahlah buruk atau baik).

“Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Situasi berbeza di pentas yang sama. Sekian terima kasih,” kata Alyah yang pernah bertanding di pentas AJL sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2009, 2011, 2012 dan 2014.

Selain Alyah, Nabila tidak putus-putus menerima sokongan daripada rakan artis yang memberikan semangat kepadanya selepas ‘terkucil’ pada bahagian korus ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua ciptaan, Hael Husaini dan MFMF.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, dalam Instagramnya telah memohon maaf kepada pencipta lagu berkenaan dan menyatakan dia sudah buat sehabis baik terhadap persembahannya pada malam AJL35. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI